PEMIKIRAN KRITIKAL DAN STANDARD PEMIKIRAN

Thursday, October 23, 2008

Secara umum, pemikiran kritikal merujuk kepada usaha-usaha menganalisis dan mentaksir sesuatu untuk digunakan atau untuk diperbaiki. Ennis (1985) mendefinisikan pemikiran kritikal sebagai “…. Reasonable, reflective thinking that is focus on deciding what to believe or do… “. Ia merujuk kepada aktiviti pemikiran reflektif bagi mencari kemunasabahan atau kewajaran sesuatu perkara sebelum memutuskan apa yang hendak dilakukan atau hendak dipercayai

Di sini pemikiran kritikal dirujuk sebagai aktiviti atau seni “pemikiran tentang pemikiran” dalam mana ia mengenal pasti kekuatan dan kelemahan; dan menyatakannya semula dalam bentuk yang lebih baik (improved form) jika perlu. Dengan lain perkataan, kita menganalisa untuk mentaksir, dan kita mentaksir untuk memperbaiki (Paul & Elder, 2006).

Seseorang itu dikatakan mengaplikasikan pemikiran kritikal ketika menilai sesuatu apabila ia menunjukkan usaha untuk melihat sesuatu dengan lebih jelas, benar dan dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk, dapat membezakan yang mana sempurna dan yang mana tidak sempurna dan secara keseluruhan ia menghakimi dan menilai sesuatu secara adil

Paul (1995) merujuknya sebagai intellectual universal standard. Menurutnya, pemikir yang efektif mestilah menggunakan standard tertentu untuk menilai pemikirannya. Beliau menyenaraikan sembilan kriteria yang boleh dijadikan asas dalam menilai penaakulan atau hasil pemikiran seseorang iaitu

1)kejelasan,

2)ketepatan,

3)keterperincian,

4)logik,

5)relevan,

6)mendalam,

7)luas

8) signifikan

9)adil

10)hikmah

0 comments: